Kong Kong Eco Rangers merupakan sebuah projek pelancongan yang diwujudkan untuk memberi kesedaran tentang alam sekitar.
Kong Kong Eco Rangers ialah satu kelab komuniti yang berkonsepkan voluntourism yang mengamalkan dan melaksanakan program - program bercorak kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar khususnya dalam industri pelancongan. Selain itu, kelab ini juga memberi pengetahuan tentang industri pelancongan.
Tema
Nurture The Care For Nature Through Learning. (Memupuk kesedaran penjagaan alam sekitar/semulajadi melalui pembelajaran)
Nurture The Care For Nature Through Learning. (Memupuk kesedaran penjagaan alam sekitar/semulajadi melalui pembelajaran)
Kong Kong
Menjadikan kawasan Kong Kong Laut sebagai kawasan kajian dan SK KongKong Laut sebagai center untuk memulakan program- program yang dirancang.
Menjadikan kawasan Kong Kong Laut sebagai kawasan kajian dan SK KongKong Laut sebagai center untuk memulakan program- program yang dirancang.
Eco
Eko-pelancongan adalah pengembaraan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar bertujuan menikmati dan menghayati pengalaman alam semula jadi dan kebudayaan. Eko-pelancongan seharusnya mempunyai impak yang rendah terhadap alam sekitar dan harus menyumbang kepada kesejahteraan penduduk tempatan. Alam sekitar merupakan sektor penting kepada industri eko-pelancongan.
Rangers
Ahli dan sukarelawan yang melaksana dan membantu menjayakan program-program yang dirancang.
KONG KONG ECO RANGERS ditubuhkan untuk :Ahli dan sukarelawan yang melaksana dan membantu menjayakan program-program yang dirancang.
➥ Melatih
dan memberi kemahiran mengenai kesedaran tentang kepentingan alam sekitar kepada pelajar khususnya dalam industri pelancongan.
➥Mendedah
dan mendidik pelajar mengenai kepentingan menjaga alam sekitar melalui program- program yang dijalankan.
➥Membantu dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar dan mewujudkan persekitaran yang
berkonsepkan mesra alam.
KEPENTINGAN ALAM SEKITAR / EKO PELANCONGAN
KEPENTINGAN ALAM SEKITAR / EKO PELANCONGAN
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan.
Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Keindahan alam sekitar dapat membantu negara mengembangkan industri pelancongan. Hal ini kerana keindahan alam sekitar boleh menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara. Seterusnya dapat menjadikan negara sebagai destinasi baru bagi sektor pelancongan di peringkat global. Peningkatan pelancong dari dalam dan luar negara ini akan meningkatkan pendapatan negara disamping memberi peluang- peluang pekerjaan kepada pengusaha dalam industri ini dan industri sampingan. Di negara maju, terdapat banyak tempat yang menjadikan keindahan alam sekitar sebagai produk pelancongan. Sebagai contoh, Paris di Perancis, Sungai Venice di Itali dan Seoul di Korea Selatan.
Oleh itu,kita harus menjaga alam sekitar dengan baik disamping peranan kerajaan untuk mempromosikan negara ni dunia agar keindahan alam sekitar di negara kita ini dapat memberi pulangan kepada negara.
Comments
Post a Comment