Kong Kong Laut


       
        Kong Kong Laut merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak di Pasir Gudang, Johor. Kong Kong Laut merupakan salah satu destinasi eko-pelancongan kerana terdapat tarikan semulajadi seperti pokok bakau, selat mendana dan banyak lagi. Selain itu, tradisi masyarakat setempat seperti pembuatan arang dari kayu pokok bakau telah menjadikan Kong Kong Laut mempunyai potensi untuk dibangunkan lagi sebagai salah satu destinasi pelancongan yang popular di negeri Johor. 

        Sejarah pembukaan Kong Kong Laut ini saling berhubung kait di antara satu sama lain. Bermula pada era zaman dahulu lagi sejak 200 tahun yang lalu. Ianya bermula sebelum Perang Dunia ke-2 lagi. Apa yang menariknya, kampong ini dibuka oleh sekumpulan pedangang yang datang ke kawasan ini untuk melawi dan mencari rezeki. Kebanyakkan mereka melakukan aktiviti dengan menangkap hasil tanggapan laut. Kumpulan ini diketuai oleh seorang pedagang bernama Batin Tahir serta rakan-rakannya. Mitos nama perkampungan ini bermula ketika Batin Tahir dan kumpulannya telah datang untuk melawi (berjalan) di sekitar laut untuk melihat Selat Mendana.

Pada masa dahulu tiada lagi jalan darat, maka laluan perjalanan pada masa dahulu hanyalah menggunakan laluan air. Untuk sampai ke sesuatu destinasi laluan darat mestilah melalui titian yang dibina dengan menggunakan kayu yang besar dan kukuh sebagai titian, Kayu ini haruslah ditebang terlebih dahulu dan diletakkan di antara hujung satu sama lain. Kayu ini menjadi laluan utama untuk melintas di antara daratan lain dengan daratan yang lain. Kadangkala ianya menjadi punca rezeki kepada penduduk, tanpa titi ini aktiviti seharian tidak mungkin dapat dilakukan.

Selepas itu mitos ini diteruskan dengan penerangan dari Ketua Kampung Kong Kong Laut yang menceritakan bahawa pada masa dahulu, nama Perkampungan Kong-Kong masih lagi belum wujud, dan mitos ini timbul apabila pada suatu hari kumpulan tersebut telah menjalankan tugas harian seperti biasa. Semasa melawi (melalui) titi tersebut, salah seorang daripada mereka telah terjerongkong dan jatuh ke bawah, dan Batin Tahir telah mendapat satu idea bahawa melalui peristiwa tersebut tempat ini deberikan nama Jerongkong.

Pada permulaannya selat ini dikelilingi oleh hutan-hutan tebal yang masih belum diterokai dan hanya terdapat fauna sahaja yang mendiami kawasan ini. Hasil daripada penempatan kumpulan ini, telah mewujudkan kampong ini dengan nama Kong-Kong.

Selepas penempatan wujud di situ, mengikut pendapat penduduk kampong pada zaman dahulu juga, kebanyakan rakyat yang berkahwin dan mempunyai zuriat akan diberi nama mengikut apa yang terlepas pada mulut, fikiran dan pandangan mereka. Kadangkala nama anak-anak pada zaman tersebut dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Antara nama yang biasa didengar adalah hutan, bongit, degil, mawar dan lain-lain lagi.


Melalui usaha yang telah dijalankan, hari demi hari telah wujud satu perkampungan kecil hasil dari kedatangan pedangan ini, akhirnya telah wujud satu perkampungan yang sangat hormoni dan aman. Untuk perkembangan masa akan datang, difahamkan perkampungan ini akan dimajukan oleh pihak kerajaan bagi pelbagai projek pembinaan pembangunan.

Jarak Politeknik Ibrahim Sultan ke Kong Kong Laut adalah sejauh 10 kilometer dan mengambil masa selama 15 minit. 

Antara kemudahan yang terdapat di Kong Kong Laut ialah:
  •  Perkhidmatan sewa bot
  •  Klinik Desa Kongkong Laut
  •  Sekolah Kebangsaan Kongkong Laut
  •  Pusat Informasi Kong Kong Laut
  •  Penginapan Chalet Terapung


Pusat Informasi Kong Kong Laut


Chalet Terapung


Comments

  1. Kongkong yg asalnya sebuah kampung Nelayan dan kampung tradisional.

    Bertitik tolak pada 24hb Nov 2014 pecah tanah oleh MB Dato Khaled sebagai Eko Pelacungan telah diusahkan oleh Koperasi Kampung Sungai Latoh untuk menjadikanya sebuah kampung eko pelancongan dengan kekuatan yg ada pada kampung itu sendiri.

    Keseinambungan koperasi bersama ketua kampung pada itu telah berjaya mengubah Kongkong menjadi sebuah kawasan pelancongan hingga kini..walaupun tidak sehebat kampung lain namon pihak koperasi telah berusaha keras untuk merubah kongkong seiring dengan kampung2 yg lain.

    Sokongan yg berterusan oleh pihak Iskandar Malaysia (IRDA) menjadi penyuntik semangat koperasi untuk terus membuat perubahan demi perubahan.

    Koperasi mendapat tempias dari pembangunan IRDA hingga kehari ini....Alhamdulillahhh sangat2..dengan berbekalkan kesabaran dan keberanian koperasi dapat merubah kongkong dari sebuah kampung tradional ke sebuah kampung pelancongan....

    Byak lagi perancangan koperasi yg hendak dibuat namun memerlukan sokongan....sebagai perintis saya rasa bersyukur dapat memberi peluang kepada anak kampung yg menjadikan koperasi sebagai platform untuk mereka memulakan perniagaan sebagai usahawan...

    Kini 7 pintu kedai makan tersergam indah dibawah pentadbiran koperasi...10 unit Cabin utk generasi muda berniaga...Sebuah Cruise juga sebush pusat informasi adalah sepenuhnya milik koperasi..

    Alhamdulillah...

    Saya dan koperasi adalah anak didik IRDA dibawah Tuan Norhisham dan Tok Muharam ..

    Kejayaan hari ini sebagai kayu pengukur pada koperasi diatas kejayaanya.Tiada siapa tahu kejayaan hari ini diselaputi duri dan ranjau .Allah maha mengetahui dan hari ini saya merasa berlapang dada melihat usaha yg dilakukan sudah berjaya...Sujud SYUKUR....

    sy....

    ReplyDelete

Post a Comment