Sekolah Kebangsaan Kongkong Laut


SK KONG KONG LAUT



     SK KongKong Laut (SKKL) terletak di Kampung Kongkong Laut, Masai, Pasir Gudang Johor. Sekolah rendah ini pada dasarnya dimulakan dari sekolah pondok pada awal 1960 an. Jumlah bilangan pelajar termasuk staf di sekolah ini adalah sebanyak 155 orang. Sekolah ini mempunyai 6 bilik darjah, 1 kelas pelajar pemulihan, pra sekolah, bilik guru, pejabat, bilik ICT serta banyak lagi kemudahan lain. SKKL merupakan satu-satunya sekolah rendah yang mempunyai gelaran “Education Tourism School” di negeri Johor.


EDUCATION TOURISM SCHOOL

Gelaran Education Tourism School bukan diberi oleh mana- mana pihak tetapi pihak SK KongKong Laut yang berusaha menjadikan sekolah itu sebagai Education Tourism School dengan mewujudkan satu hub-pendidikan pelancongan dan menjadikan kawasan persekitarannya mempunyai elemen Edutainment.
Selain itu, antara usaha- usaha lain yang telah dijalankan ialah :

> Bekerjasama dengan agensi perkapalan iaitu Opl Marine Logistic.

Melahirkan usahawan IKS dibawah program Duta Jauhar.

Menamakan kantin dengan nama Samudera Cafe.

> Menjadikan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai penasihat untuk menjalankan program       yang berskala besar.

PERSEKITARAN SK KONG KONG LAUT

 Surau An Nur

 Taman Bunga


 Taman Herba


Kolam ikan


 Replika kapal



PERNYATAAN MASALAH


⇒ Kurang tahap kesedaran mengenai penjagaan alam                sekitar yang diterapkan di dalam diri pelajar dan komuniti.

⇒ Kekurangan daya tarikan dan infrastruktur yang                      berkonsepkan Education Tourism.

⇒ Kekurangan program-program yang selari dengan imej           Education Tourism School.



      









Comments