Program Kong Kong Eco Rangers

PELAN PELAKSANAAN


Antara aktiviti atau program yang dilakukan :

1. Eco Tourism Talk

       Melaksanakan satu ceramah mengenai pendedahan eko pelancongan dan cara-cara memelihara alam sekitar supaya dapat membuka minda pelajar tentang kepentingan penjagaan alam sekitar
2. Colors of Life

    Menghasilkan mural yang bertemakan taman air di dinding-dinding sekolah yang bertujuan untuk mewujudkan suasana yang sesuai dengan imej sekolah sebagai Education Tourism School. Selain itu, melaksanakan aktiviti mewarna, melukis, seni dan sebagainya bagi meningkatkan kreativiti pelajar.


3. DIY Crafts Class

    Melaksanakan aktiviti kraftangan daripada bahan kitar semula dengan penglibatan pengusaha industri kraftangan luar untuk memahami konsep 3R 
      (Reuse, Reduce, Recycle)

4. Taman Kitar Semula Eco

    Program yang bertujuan untuk membina sebuah taman eco di halaman sekolah yang terdiri daripada penggunaan bahan kitar semulaMenerusi program ini juga, pelajar akan didedahkan dengan konsep pokok angkat, dimana pelajar menanam pokok mereka sendiri.


5Kempen Alam Sekitar

      Melaksanakan satu program gotong- royong bersama pelajar dan komuniti setempat dengan mengajak mereka untuk bersama sama mengamalkan kempen kitar semula dalam kehidupan seharian mereka.


6. Cross The Map
    Melaksanakan satu program berbentuk pendedahan mengenai geografikal dunia yang boleh memberi pengetahuan yang lebih meluas tentang pelancongan flora dan fauna yang sedia ada di seluruh dunia.


7. Junior Rangers Survival Camp

       Mengadakan satu kem perkhemahan yang mengajar tentang cara- cara survival di dalam hutan. Di samping itu, kem ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan aktiviti- aktiviti lasak.



IMPAK

             Pelajar : 

                  ➲ Membantu dalam menambah program-program untuk menjadikan kelab lebih                  aktif.
  
                  ➲ Memberi  peluang kepada pelajar politeknik melibatkan diri dalam                                   sukarelawan khususnya dalam pelancongan.

                  ➲ Dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan                 yang telah mereka pelajari.


             Masyarakat : 

     ➲ Dapat meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat    mengenai kepentingan alam sekitar.

     ➲ Mewujudkan persekitaran yang ceria dan kondusif di sekolah dan kawasan    sekeliling.

     ➲ Dapat menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam program yang    dijalankan.


Politeknik : 


➲ Menjalin kerjasama yang baik di antara pihak politeknik dan sekolah rendah.

➲ Meningkatkan imej politeknik dan PPJPH melalui program yang dilaksankan.

      ➲ Menjadi salah satu institusi yang menyumbang ke arah membaikpulih imej        Pasir Gudang.

Comments